Life di Uitm Dengkil

Ni kisah aku sepanjang belajar dekat Uitm Dengkil. Life aku cam korang gak la awal-awal sebelum masuk sini. Maksud aku enjoy time break SPM tu. Masuk sini ha aku amek Asasi Sains. Aku pon tak pasti la apesal aku amek asasi sains ni. Mungkin sebab time sekolah dulu aku more to sains kot. Kan ade tiga option an satu diploma satu asasi satu lagi matrikulasi. Aku pikir awal-awal tu malas nak amek diploma sebab lama. Matrikulasi pulak aku cancel nak masuk sebab member2 aku kata asasi ni bebas sket dari matrikulasi. Aku ni lak jenis yang nak bebas je tu la pasal kesini aku sampai.
Sini ade 4 course yang rerakan sekalian sume leh pilih contoh eh Asasi sains, Engineering, Tesl ngan Law. Sini belajar dua sem je, Sem 1 Sem 2. Namo pon asasi an bukan diploma. Nak kata course mane yg senang, aku rasa sume susah bergantung ah dekat kau mane la tau kau terer lebih kepada Engineering ke tak pon Sains ke an.
Bangunan Dinamik, Etika & Progressif
Uitm Dengkil ni nak kata kecik tak gak besar pon tak. Aku assume kecik la kot sebab blok bangunan die dekat je sebelah2 gitu. Kolej die tempat korang sume tido tu pon dekat je dengan anjung dan blok2 bangunan die. Bangunan yang korang guna tuk belajar kat sini ade tiga je yang utama, Dinamik, Progressif dengan Etika. Dinamik ni leh kata agak busy gak ah sebab banyak kelas ada kat sana. Progressif pon tak busy cam Dinamik tapi kalau Etika lebih kepada lab sume tu. Dinamik ni dekat dengan bangunan Pentadbiran. Progressif dekat dengan kolej Tualang(lelaki) n Etika duduk tengah2.

Bangunan paling depan sekali ni bangunan Dinamik, belah kiri die bangunan Etika, yang tersegam depan die tu Progressif. Disebabkan bangunan die dekat2, yang best nye kau takyah risau lambat ke kelas cam universiti lain yang jauh2 bangunan die. Kau leh jalan berlenggang pon takpe mesti tak lambat sangat kecuali kau tido terlajak 1 jam la.


Bangunan Pentadbiran

Ni pulak bangunan pentadbiran tempat segala urusan sume termasuk la kalau kau nak jumpe lecturer ke tak pon hantar assignment ke. Aku tak selalu sangat pegi sini sebab bukan aku yang selalu hantar assignment sume tu. Lalu sebelah die ade la.
Anjung Dengkil & Kafe Palma


Ni la Anjung Dengkil tempat dimana student2 Uitm ni makan. Ade 14 kedai total dekat bawah termasuk kedai minuman. Dekat atas tu ade kedai2 photostat, kedai2 beli barang sume la. Lagi satu tempat student makan adalah Kafe Palma berhadapan dengan Anjung Dengkil. Tapi aku makan dekat situ sekali je kalau banyak kali pon beli ice cream je. Bawah ni gambar suasana dalam Kafe Palma yang ade muka member aku terselit sebab aku takde gambar Kafe Palma dalam phone.

Pusat Islam
Surau dekat Tualang 2 dan Pusat Islam juga disediakan untuk kemudahan student2 Uitm Dengkil menunaikan ibadah solat terutamanya solat jumaat bagi student lelaki di Pusat Islam.

Kolej
Kolej kediaman terbahagi kepada dua iaitu Dahlia dan Tualang. Tualang ialah kolej kediaman yang disediakan bagi student lelaki dan terbahagi kepada 3 iaitu Tualang 1, Tualang 2 dan Tualang 3. Begitu juga yang berlaku dengan Dahlia iaitu terbahagi kepada 3, Dahlia 1, Dahlia 2 dan Dahlia 3. Beza die Dahlia ni besar sket la dari Tualang sebab banyak student perempuan. Bile korang daftar sini, korang akan dapat bilik dengan 5orang housemates sekali pakej. Dalam satu bilik tu korang akan kongsi dua orang, ade dua katil dengan dua loker. Dekat luar bilik, akan ade 6 meja tuk korang sume belajar termasuk dengan tempat nak letak buku sume so takde la ganggu member yang nak tido tu sebab korang boleh belajar dekat luar.


Gambar time malam je ade sebab maklum la lelaki an malam berjaga siang membuta


Sumber google
Pusat Kesihatan
Student yang memanjang sakit tu boleh datang sini la. Elokla bawak berubat sikit manjang tak datang kelas je. Tapi aku tak biasa datang sini bukan takut kantoi tapi aku malas je nak datang. Bukan tak biasa tapi tak pernah datang senanyer. Kekadang kite sakit bukan kite nak cari ubat pon terus tido je la an so memang aku tak datang la sini. Sesape yang demam ke sakit pape ah boleh la datang sini.

Sumber google
Perpustakaan Tun Abdul Razak (Ptar)
Perpustakaan Tun Abdul Razak atau student sini panggil Ptar terletak bersebelahan bangunan Progressif yang juga menempatkan Golgi apparatus atau Jasad Golgi. Jangan silap tafsir ye sebab Jasad Golgi tu nama tuk tempat melepak atau bergambar student2 sini selain dari padang Etika. Nama die camtu sebab bentuk die memang mcm golgi apparatus. Kebanyakkan student cari sumber rujukan dari Ptar dan habiskan masa study dekat situ terutamanya time exam week.


Kemudahan seperti padang dan court futsal ade disediakan bagi penggemar aktiviti sukan di petang hari bagi aktiviti riadah. Kebiasannya, kalau waktu petang akan ade student lelaki mahupun perempuan yang jogging sekeliling padang. Itu pon kalau hari tak hujan. Untuk orang yang lebih sukakan aktiviti chalistenics seperti chin up dan pull up, palang bar disediakan di tasik Uitm Dengkil bersebelahan padang. Basikal juga disediakan di stor sukan bagi student2 yang mahukan aktiviti santai2 di petang hari.


Padang Etika
Ooh lupa nak cakap tengah2 antara bangunan Dinamik dengan Etika ade padang Etika. Nama lain die ade gak tapi pepandai ah korang cari sendiri. Biasanya student amek gambar sume dekat situ lagi2 time abes final exam.

Ni time awal sem 1

Penghargaan kepada classmates s51 & housemates 2018/2019
Senanyer aku start buat blog ni lagi 4 hari nak final exam. Kira kental gak la tapi aku pon tak tau apesal aku blogging hahahaha. So gambo bwh ni mcm honorable mention la tuk classmates ngan housemates aku sepanjang masuk sini.

Gambar ni kitorang amek dekat depan bangunan Etika

Gambar ni amek depan Tualang 1