Gunung Berembun Hiking

Puncak Gunung Berembun

Ni gunung ketiga aku penah hiking selepas Gunung Angsi dan Gunung Datuk. Aku memang minat hiking tapi tu ah biasa naik Bukit Broga je yang lain2 tak penah sampai. Tapi bile dah terkurung lama2 time pkp haritu mau la keluar gak ye kan. Dalam kepala otak aku, malas ah gi tempat yang banyak sangat org maklumlah covid pon tak reda lagi so nature la yang paling syok tenang yedak.

Gunung Berembun kat Malaysia ni ade 3 tau, tapi yang aku naik ni kat Negeri Sembilan dan yang paling rendah (1014m) compare dengan Terengganu (1038m) dan Pahang (1840m). Rendah bukan sebarang rendah tau lama nau aku amek masa nak turun balik. Gunung ni kaki2 hiking naik sebab kau boleh naik sekali Gunung Telapak Burok dan juga pegi WW2 Crash Site. Siapa2 yang berminat boleh je naik dari Gunung Telapak Burok atau pon naik dari Gunung Berembun cam aku ni.

Pintu masuk Gunung Berembun

So ni lah pintu masuk gunung ni. Betul2 sebelah Loji Rawatan Air Pantai. Jalan nak menuju ke tempat ni sebenarnya agak kecik dan berkona kona. So hati2 la ye memandu ke bawak motor tu ke. Bayaran permit masuk cuma rm5 je. Aku orang terakhir naik gunung tu pada pukul 8.50am camtu. So bile da start jalan, aku pon cam jalan pintas2 orang depan pintas group depan tau2 sampai Lata Berembun. Aku sampai Lata Berembun dalam 40 minit kot aku pon tak berapa igt dah.

Lata Berembun

Kat Lata Berembun ni time aku datang tu ade ramai la jugak yang bercamping dekat situ. Tetibe timbul pulak rasa nak camping tu hahahahaha. Then nak pegi ke puncak kau kene cross lata ni dulu. Aku lompat2 je atas batu tapi ade yg bukak kasut sebab takot batu licin kot.  So next destination yang korang akan sampai adalah Gua Kambing. Tapi yang ni aku tak ingat berapa lama aku ambil masa nak sampai.

Gua Kambing yang takde kambing

Sampai Gua Kambing memang duduk minum terus la jawabnya maklumla kaki pewai an. Time aku sampai tu ade 2 group yang tengah rest sebelum teruskan perjalanan. Amek gambor dulu kat Gua Kambing tu baru aku follow belakang dorang. Time amek gambar tu nampak la group chinese tadi tengah hadap trek sekali pacak mat trek tu hahahahaha. Trek dari starting sampai Gua Kambing tu takde pacak2 sangat banyak landai je tapi lepas Gua Kambing da mula memacak.

Yang paling sakit hati tu time pacak susah payah ingat ke da nak sampai puncak sekali die turun balik hahahahahahaa hantu betul. So nak taknak jalan lagi la jawabnya. Finally aku sampai puncak dalm kul 12.05pm camtu ah kot dalam 3jam15minit hiking.

Puncak Gunung Berembun
Ramai orang berebut amek gambar

So kat puncak ni takde view pon sebab die tertutup dengan pokok2. Kalau nak bergambar orang akan pegi WW2 Crash Site sebab tempat tu memang port wajib la kalau nak bergambar sini. Aku pon yang pada awalnya terdetik niat nak cancel pegi situ sebab penat last2 decide redah jugak. Tapi sebelum redah makan dulu. Haaa ni la silap aku yang menjadi puncak hiking aku lama haritu. Aku beli lunch dekat Lenggeng nasi lemak lauk ikan sembilang je. Bila da bukak nak makan baru perasan nasi die sikit sangat pastu kacang ikan bilis sambal timun sume takde. Ikan sembilang die bagi pon teramat2 la kecik. Nak menyesal takleh buat ape dah so makan jelah.

Ok so aku pon teruskan perjalanan ke WW2 Crash Site lepas makan. Ade brader tu cakap dalam 30minit sampai la trek die pon santai je tak pacak2 dah.

Ke WW2 Crash Site

Tapi bile aku da jalan manede 30minit tu hahahaha. Aku banyak stop sebab kaki almost cramp beberapa kali. Oohh btw aku naik solo je so kalau cramp teruk ke ape ke susah la sket. Lepas jalan dalam 1jam20minit camtu baru la sampai. Korang akan nampak papan tanda silver dekat situ. Lepastu korang kene turun sikit kalau nak nengok tinggalan sejarah tu.

Papan tanda silver
Body kapal terbang

Dengar cite dulu boleh masuk dalam body kapal terbang tu tapi time aku datang ade pokok tumbang hempap die so tak dapat la masuk dalam.

Gambar mesti mau ada

So aku pon sekadar amek gambar dekat tepi die je. Dalam plat silver tu ade tertulis tahun nahas kejadian tu berlaku dan senarai nama mangsa2 yang terkorban dalam 6orang. Tapi aku sampai situ takde la riuh riuh ke ape sekadar amek gambar je. Siap ade yg conteng nama lagi kat body kapal terbang tu. Bukan ape sepatutnya kita hormati mangsa2 yang da mati kat situ.

Lepas amek gambar aku pon chow sebab takot keluar hutan malam an. Tapi time ni boleh cakap tenaga aku da abes makanan aku da abes tinggal air je. Nak taknak kene jalan la jugak redah hutan tu tp sebab tenaga takde banyak kali aku stop. Sampai je puncak Gunung Berembun balik aku sadai kat situ dalam 20minit camtu. Kalau boleh nak rest lama lagi tapi nampak gaya nak hujan.

Tenaga takde pastu kaki aku da tak rasa apa da. Mula2 boleh bertahan lagi tapi last2 tak larat da so aku stop je. Then ade dua orang chinese dari group tadi yang berenti dekat aku. Die tanye aku kenapa dan aku cakap la da abes tenaga tak larat nak jalan. Die ni baik dengar je aku cakap camtu terus die bagi Hutan Ration nak bagi tambah tenaga sikit.

Thanks bro

Nilah first time aku abes terus tenaga aku sampai tak larat da nak jalan. Selain daripada sebab makanan tak cukup aku pon tak penah hiking yang makan masa lama sangat camni. Tapi aku bersyukur la masih ramai yang baik hati.

Finally aku sampai bawah. Total perjalanan aku adalah 10jam iaitu dari pukul 8.50am sampai la 6.50pm. Lambat kan? Aku rasa kalau aku naik dengan makanan yang mencukupi pastu sikit training mungkin boleh lebih laju dari tu. Tapi punca terbesar die sebab aku tak cukup makan.

End of journey. -@mn.ziza-

So next hiking mana pulak??

Featured

UiTM Dengkil

Life di Uitm Dengkil

Ni kisah aku sepanjang belajar dekat Uitm Dengkil. Life aku cam korang gak la awal-awal sebelum masuk sini. Maksud aku enjoy time break SPM tu. Masuk sini ha aku amek Asasi Sains. Aku pon tak pasti la apesal aku amek asasi sains ni. Mungkin sebab time sekolah dulu aku more to sains kot. Kan ade tiga option an satu diploma satu asasi satu lagi matrikulasi. Aku pikir awal-awal tu malas nak amek diploma sebab lama. Matrikulasi pulak aku cancel nak masuk sebab member2 aku kata asasi ni bebas sket dari matrikulasi. Aku ni lak jenis yang nak bebas je tu la pasal kesini aku sampai.

Sini ade 4 course yang rerakan sekalian sume leh pilih contoh eh Asasi sains, Engineering, Tesl ngan Law. Sini belajar dua sem je, Sem 1 Sem 2. Namo pon asasi an bukan diploma. Nak kata course mane yg senang, aku rasa sume susah bergantung ah dekat kau mane la tau kau terer lebih kepada Engineering ke tak pon Sains ke an.

Bangunan Dinamik, Etika & Progressif

Uitm Dengkil ni nak kata kecik tak gak besar pon tak. Aku assume kecik la kot sebab blok bangunan die dekat je sebelah2 gitu. Kolej die tempat korang sume tido tu pon dekat je dengan anjung dan blok2 bangunan die. Bangunan yang korang guna tuk belajar kat sini ade tiga je yang utama, Dinamik, Progressif dengan Etika. Dinamik ni leh kata agak busy gak ah sebab banyak kelas ada kat sana. Progressif pon tak busy cam Dinamik tapi kalau Etika lebih kepada lab sume tu. Dinamik ni dekat dengan bangunan Pentadbiran. Progressif dekat dengan kolej Tualang(lelaki) n Etika duduk tengah2.

Bangunan Dinamik, Etika dan Progressif

Bangunan paling depan sekali ni bangunan Dinamik, belah kiri die bangunan Etika, yang tersegam depan die tu Progressif. Disebabkan bangunan die dekat2, yang best nye kau takyah risau lambat ke kelas cam universiti lain yang jauh2 bangunan die. Kau leh jalan berlenggang pon takpe mesti tak lambat sangat kecuali kau tido terlajak 1 jam la.

Kredit kepada orang yang amek gambo ni. Ni la bangunan Dinamik.
Bangunan Etika

Bangunan Pentadbiran

Bangunan pentadbiran

Ni pulak bangunan pentadbiran tempat segala urusan sume termasuk la kalau kau nak jumpe lecturer ke tak pon hantar assignment ke. Aku tak selalu sangat pegi sini sebab bukan aku yang selalu hantar assignment sume tu. Lalu sebelah die ade la.

Anjung Dengkil & Kafe Palma

Anjung Dengkil
Gambar ni aku amek kat google sebab nampak cantik lak

Ni la Anjung Dengkil tempat dimana student2 Uitm ni makan. Ade 14 kedai total dekat bawah termasuk kedai minuman. Dekat atas tu ade kedai2 photostat, kedai2 beli barang sume la. Lagi satu tempat student makan adalah Kafe Palma berhadapan dengan Anjung Dengkil. Tapi aku makan dekat situ sekali je kalau banyak kali pon beli ice cream je. Bawah ni gambar suasana dalam Kafe Palma yang ade muka member aku terselit sebab aku takde gambar Kafe Palma dalam phone.

Pandangan dari dalam Kafe Palma

Pusat Islam

Surau dekat Tualang 2 dan Pusat Islam juga disediakan untuk kemudahan student2 Uitm Dengkil menunaikan ibadah solat terutamanya solat jumaat bagi student lelaki di Pusat Islam.

Pusat Islam Uitm Dengkil

Kolej

Kolej kediaman terbahagi kepada dua iaitu Dahlia dan Tualang. Tualang ialah kolej kediaman yang disediakan bagi student lelaki dan terbahagi kepada 3 iaitu Tualang 1, Tualang 2 dan Tualang 3. Begitu juga yang berlaku dengan Dahlia iaitu terbahagi kepada 3, Dahlia 1, Dahlia 2 dan Dahlia 3. Beza die Dahlia ni besar sket la dari Tualang sebab banyak student perempuan. Bile korang daftar sini, korang akan dapat bilik dengan 5orang housemates sekali pakej. Dalam satu bilik tu korang akan kongsi dua orang, ade dua katil dengan dua loker. Dekat luar bilik, akan ade 6 meja tuk korang sume belajar termasuk dengan tempat nak letak buku sume so takde la ganggu member yang nak tido tu sebab korang boleh belajar dekat luar.

Kolej Dahlia
Kolej Tualang pada waktu malam.
Gambar time malam je ade sebab maklum la lelaki an malam berjaga siang membut
a
Ni gambar dalam kawasan Dahlia tapi aku tak pasti camner student lelaki ni boleh masuk dalam hahaha
Meja study
Sumber google

Pusat Kesihatan

Student yang memanjang sakit tu boleh datang sini la. Elokla bawak berubat sikit manjang tak datang kelas je. Tapi aku tak biasa datang sini bukan takut kantoi tapi aku malas je nak datang. Bukan tak biasa tapi tak pernah datang senanyer. Kekadang kite sakit bukan kite nak cari ubat pon terus tido je la an so memang aku tak datang la sini. Sesape yang demam ke sakit pape ah boleh la datang sini.

Pusat Kesihatan
Sumber google

Perpustakaan Tun Abdul Razak (Ptar)

Perpustakaan Tun Abdul Razak atau student sini panggil Ptar terletak bersebelahan bangunan Progressif yang juga menempatkan Golgi apparatus atau Jasad Golgi. Jangan silap tafsir ye sebab Jasad Golgi tu nama tuk tempat melepak atau bergambar student2 sini selain dari padang Etika. Nama die camtu sebab bentuk die memang mcm golgi apparatus. Kebanyakkan student cari sumber rujukan dari Ptar dan habiskan masa study dekat situ terutamanya time exam week.

Golgi Apparatus atau Jasad Golgi
Ni pon datang dari google sebab aku x de gambar Ptar yang lawa sket

Kemudahan seperti padang dan court futsal ade disediakan bagi penggemar aktiviti sukan di petang hari bagi aktiviti riadah. Kebiasannya, kalau waktu petang akan ade student lelaki mahupun perempuan yang jogging sekeliling padang. Itu pon kalau hari tak hujan. Untuk orang yang lebih sukakan aktiviti chalistenics seperti chin up dan pull up, palang bar disediakan di tasik Uitm Dengkil bersebelahan padang. Basikal juga disediakan di stor sukan bagi student2 yang mahukan aktiviti santai2 di petang hari.

Palang Bar

Member semangat sebab depan ade camera


Padang Etika

Ooh lupa nak cakap tengah2 antara bangunan Dinamik dengan Etika ade padang Etika. Nama lain die ade gak tapi pepandai ah korang cari sendiri. Biasanya student amek gambar sume dekat situ lagi2 time abes final exam.

Padang Etika.
Ni time awal sem 1
Kan aku kata bersepah student amek gambar kalau da abes final exam

Penghargaan kepada classmates s51 & housemates 2018/2019

Senanyer aku start buat blog ni lagi 4 hari nak final exam. Kira kental gak la tapi aku pon tak tau apesal aku blogging hahahaha. So gambo bwh ni mcm honorable mention la tuk classmates ngan housemates aku sepanjang masuk sini.

Class S51.
Gambar ni kitorang amek dekat depan bangunan Etika

Housemates 2018/2019.
Gambar ni amek depan Tualang 1